Friday, May 31, 2013

DEMONSTRASI SILAT TERPANJANG SABAH


2 Mac 2013 – Kota Kinabalu, sejarah telah tercipta apabila Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan “Demonstrasi Silat Terpanjang Peringkat Negeri Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun ke-13 Bandaraya Kota Kinabalu. Acara yang gilang-gemilang tersebut telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah. Majlis tersebut yang telah diadakan di Taman Sungai Sembulan turut diserikan lagi dengan kehadiran YM Dr. Syeikh Md Radzi Hj Hanafi yang merupakan Presiden merangkap Pewaris Mutlak Silat cekak dan selaku Guru Utama bagi pertubuhan silat yang mempunyai ahli yang paling ramai di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment